Salam..
Pagi ni saya nk mencoret sedikit tinta di blog yg masih baru lagi ni ^_^ tntg pe..tntg DUIT..kalau cakap tentang duit, mesti ada yg tersenyum, ada jg yang m'geleng kepala.."bulan ni nampaknya terpaksa minta duit dari PA n MA lagi"..ada jg yg terpaksa mengikat perut..adoii.. Saya akui duit pinjaman sebanyak RM3500 sebenarnya tidak mencukupi setelah ditolak dengan yuran sem dan hostel/rumah sewa sebanyak RM1500.. pastinya student memerlukan sumber kewangan yang lain...erm..bagi yang bekerja part time, 1 advantage buat mereka tapi tidak semua dapat berbuat demikian..belajar sambil bekerja..saya sendiri tidak mampu..risau yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran..bagi yang berjaya, TAHNIAH buat anda..
Dari saya tahun 1 saya dah berniat untuk membuat saving dari awal..Namun saya hanya mampu menyimpan RM100 setiap 1 sem itu pun dengan paksaan diri sendiri..adoii..payahnya nak menyimpan..bila dah tahun 4 ni saya lebih bersemangat untuk meningkatkn pasif income saya setelah saya mengetahui n mendalami cara2 menguruskan kewangan dengan baik..alhamdulillah..kos sains aktuari ni membantu saya mendalami tentang insurans, pelaburan dan juga pengurusan risiko..bersyukur sangat..
Bagaimana memulakan perancangan kewangan??
Pertamanya ada 5 langkah dalam perancangan kewangan iaitu;
1) Ketahui di mana kedudukan kewangan anda sekarang (mampu @ cukup2 makan)
2) Set gol apa yang hendak dicapai (nak dapat RM100,00o untuk 20 tahun akan datang)
3) Buat plan kewangan (sama ada nak melabur @ membuat simpanan tetap)
4) Laksanakan perancangan tersebut
5) Awasi dan kawal perancangan anda itu ^_^
Sebenarnya banyak lagi yang saya ingin coretkna..tapi masa agak kekurangan..saya akan menyambung kembali apa yang dimaksudkan MERANCANG KEWANGAN DENGAN BIJAK ^_^
Sememangnya kita memerlukan PERUBAHAN BESAR

No comments:
Post a Comment