SAHABATKU

Tuesday, November 9, 2010

Langkah-langkah Mudah Memulakan Pelaburan Unit Trust melalui Pengeluaran Ahli kWSP (EPF)

 Tanggal 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2nya...macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…







1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.
2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.
3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, tanya ejen anda.
4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.
5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.
6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!
Anda boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP anda untuk tujuan pelaburan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.