SAHABATKU

Tuesday, November 9, 2010

Lepas dapat GAJI/PINJAMAN/BIASISWA..apa yang mesti kita LAKUKAN??

Assalamu'alaikum...semua..

Kali ni saya nak menyambung kembali bagaimana menguruskan wang sebaiknya..saya tertarik dengan hasil tulisan Pakdi, Pengasas Komuniti BicaraJutawan.com...tentang buku beliau Rancang Wang dari Sekarang...Beliau mengumpas dengan bahasa yang mudah difahami dan menggunakan Islamic words..

Nabi Yusof menjawab,
"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tanam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan(untuk dijadikan benih)"
(Surah Yusuf: 48)


Ini adalah tafsiran Nabi Yusuf kepada Raja Mesir tentang mimpinya yang diilhamkan oleh Allah..
Selain bersedia menghadapi tujuh tahun kemarau, Nabi Yusof juga berpesan supaya kita semua mempunyai simpanan yang lebih daripada apa yang diperlukan bagi membolehkan lebihan itu dijadikan  modal bisnes atau pelaburan seterusnya.



Ayat quran ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua dalam Pengurusan Kewangan...Bagaimana caranya??????


Cara 1: Simpanlah sebelum anda mula berbelanja


Bagi pekerja kerajaan ataupun swasta,gaji setiap bulan amat dinantikan..Bagi pelajar pula, duit biasiswa atau pinjaman disandarkan sedikit pengharapan untuk memenuhi keperluan diri.. Saya sendiri pernah dan masih alami perkara yang sama.. Teruja apabila menerima sejumnlah wang meskipun jumlah itu sebenarnya tidak mencukupi untuk terus 'survive' hingga penghujung sem..^_^

"Wah,duit dah ,masuk..Aku nak beli baju, nak pergi shopping sket"
" Nak touch up sketlah motor ni..Duit pun baru masuk.."
"Tak berseleralah makan nasi..Sepanjang minggu ni bolehlah aku makan fast food..Duit banyak lagi ni.."






Haha..mesti ada yang tersenyum,..macam nilah aku bila dapat duit PTPTN @ dapat GAJI... Punya banyak idea nak menghabiskan duit ditangan sampai terlupa untuk membuat sedikit 'saving'... Pengakhirannya, dihujung bulan @ hujung sem mula terpaksa mengikat perut..Duit dah x  mencukupi..ADOIII....

Dalam Surah Yusuf ini juga menerangkan...setelah kita berusaha dengan rajin bagi mencari rezeki, sebahagian besarnya perlu disimpan terlebih dahulu, dan selepas disimpan barulah ia dibelanjakan..

Apa yang sering terjadi,kita belanja dahulu,kemudian baru nak menyimpan..tapi alih2 x mencukupi untuk buat 'saving'..

Paling kurang pun kita mesti mendisiplinkan diri kita untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10%-30% dari wang yang kita dapat untuk simpanan semata-mata.. Selebihnya baru kita berbelanja....

Cara 2 : Memperbanyakkan zakat + derma


Untuk beroleh keberkatan dalam duit yang dimiliki, kita mesti memperuntukkan sekurang-kurangnya 3%-5% dari wang kita untuk diberikan zakat @ sedekah..

Cara yang paling simple, menderma di tabung-tabung masjid..Kita juga boleh terus membayar zakat di mana-mana pusat zakat tanda kesyukuran kita memiliki wang..Dengan cara ini, duit kita lebih diberkati dan semakin berganda..InsyaAllah

Sedekah kepada jiran kita yang tergolong dalam golongan miskin, membelanja saudara mara makan bersama-sama dan memberi duit kepada ibu bapa kita juga salah satu cara untuk kita memperoleh keberkatan...



Selamat beramal (^_^)V

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.